Wednesday, April 16, 2014

Analysis UCAD untuk 16 April 2014

Assalamualaikum,

USDCAD H1, H4 dan Daily Chart
Daily candle menunjukkan shooting star pada nombor bulat 1.1000. Oleh itu trade plan pada hari ini adalah SELL from bounce. Resistance yang kelihatan kuat pada timeframe yang kecil adalah nombor bulat tersebut.

Manakala STOP LOSS yang terbaik adalah di atas 1.1012.

STOP terbaik untuk small Daily trending

Assalammualaikum


Daily candle menunujukkan UP trending, jadi trade adalah BUY. Jika Daily candle close bawah dari semalam HIGH tetapi masih UP trending iaitu close atas semalam CLOSE, maka kita perlu lihat patern pada time frame yg lebih kecil.

Contoh UJ di atas menunjukkan ada channel patern. Oleh itu, STOP LOSS yang paling sesuai untuk kes semacam ini adalah semalam LOW.

Sunday, April 13, 2014

Analysis EURUSD untuk 14 April 2014

Assalamualaikum w.r.t.

EURUSD H4 dan Daily Chart
Hari Jumaat yang lepas iaitu pada 11 April, Daily Candle telah membentuk Doji. Oleh itu keadaan pasaran pada hari Isnin akan menentukan direction sebenar pasaran selepas ini. Sekiranya candle berikutnya close di dalam range High and Low candle Doji tersebut, maka market akan terus ranging.
Sekiranya candle close di bawah Low Doji tersebut, maka pasaran akan bergerak ke bawah dan jika close di atas High Doji maka pasaran akan bergerak ke atas.

Pada masa ini, pasaran adalah di dalam keadaan tidak menentu di mana kuasa pembeli (buyer) dan penjual (seller) adalah sama kuat. Oleh itu adalah lebih baik duduk di tepi (stay out) sehingga nampak jelas arah sebenar pasaran.

Analysis GBPUSD untuk 14 April 2014

Assalammualaikum w.r.t.

GBPUSD H4 dan Daily Chart
Secara amnya, teknik entry untuk esok adalah "Sell From Bounce". Identify mana-mana resistance yang kuat , masuk sell dan meletakkan SL di atas resistance tersebut.

Analysis GBPUSD
Daily candle menunjukkan reversal pattern Harami pada resistance yang kuat iaitu 1.6800. Market menunjukkan bias yang kuat pada downtrend.

Dari segi Fundamental analisis, tidak terdapat news high impact pada 14 April. Jadi kebarangkalian market bergerak mengikut teknikal adalah tinggi.

Pentingnya Pengurusan Kewangan, Risiko/Imbuhan dan Keberkesanan Sistem

Assalamulaikum  w.r.t,

Setelah 5 tahun berkecimpung dalam dunia Forex,  banyak perkara yang telah saya pelajari. Pada kali ini saya ingin menceritakan bertapa pentingnya 3 perkara yang selalu diabaikan oleh trader-trader yang baru.3 perkara tersebut adalah

1. Pengurusan Kewangan (Money Management)
2. Risiko/Imbuhan (Risk / Reward)
3. Keberkesanan Sistem (System Efficiency)

Pengurusan Kewangan

Gagal untuk merancang pengurusan kewangan , anda telah merancang untuk gagal. Pentingnya pengurusan kewangan di dalam kehidupan seharian, begitu di dalam Forex. Banyak pedagang matawang asing  terutama yang baru atau amator, memandang remeh pada pengursan kewangan.Walaupun mereka mempunyai sistem yang baik tetapi mereka tidak ambil peduli kepada pengurusan kewangan. Akhirnya akaun mereka kecundang masa demi masa. Kebanyakan buku Forex, meletakan pengurusan kewangan di bab yang terakhir. Ini menyebabkan mereka memandah remeh tentang pengurusan kewangan.

Pengurusan kewangan yang mantap membolehkan akaun tersebut bertahan lama serta tumbuh secara konsisten. Pakar telah mengatakan tiada satu pun sistem yang sempurna. Oleh itu pengurusan kewangan yang mantap mebolehkan kerugian yang ditanggung di atasi dengan baik setelah pasaran forex menyebelahi pihak trader.

Contoh pengurusan kewangan yang baik adalah seperti berikut:

modal = $500.00
risiko setiap trade ialah 2% = $10.00
sekiranya setelah dianalisis "Stop Loss" yang diperlukan adalah 30pip jadi nilai lot yang perlu diletakkan adalah  $10.00 / 30 pip = 0.33 lot .


Oleh itu dengan meletakkan risiko 2% pada setiap kali trade, anda boleh membuat 50 kali percubaan. Sekiranya "open position" anda terkena "stop loss" anda mempunyai banyak lagi peluang untuk mengatasi kerugian yang telah anda alami.

Pengurusan kewangan yang mantap juga dapat mengawal emosi dari membalas dendam sekiranya trade anda mengalami kerugian. Musuh utama di dalam trade adalah emosi. Dengan kerugian 2%, tekanan dari kerugian adalah pada tahap minimum dan perasaan ingin membalas dendam dapat dielakkan.


Risiko/Imbuhan

Meminimumkan risiko dan memaksimakan keuntungan adalah salah satu faktor penting untuk berjaya di dalam Forex. Gunalah apa-apa sistem yang sesuai dengan naluri anda, tetapi pastikan keuntungan adalah lebih tinggi dari tahap kerugian. Pada kebiasaannya, profesional trader akan menggunakan nisbah Risiko/Imbuhan 1:2 dan ke atas. Sekiranya nisbah Risiko/Imbuhan lebih rendah dari 1:2 maka dengan keberkesanan sistem 50%, keseluruhan keputusan dari dagangan adalah seri (breakeven). Oleh itu adalah penting untuk mendapatkan nisbah Risiko/Imbuhan yang tinggi. Contoh di bawah adalah bagaimana Risiko /Imbuhan memainkan peranan yang amat penting menentukan pertumbuhan akaun yang sihat.

Contoh:
nisbah Risiko/Imbuhan = 1:2
sekiranya Stop Loss 20 pip jadi Take Profit adalah 40 pip .
katakan lot yang digunakan = 1.0
keberkesanan sistem = 60%

Oleh itu
Keuntungan  6 x 40 x 1 =  $240
Kerugian      4 x (-20) x 1 = -$80

Keuntungan keseluruhan = $160

 Keberkesanan Sistem

Keberkesanan sistem adalah jumlah berapa kali untung dan rugi dalam jumlah percubaan yang digunakan. Sebagai contoh, jika dalam 10 kali percubaan, hanya 4 kali yang mendatangkan untung manakala 6 kali mengalami kerugian, maka keberkesanan sistem adalah 40%. Sebaliknya sekiranya dari 10 kali percubaan, 6 kali adalah untung dan 4 kali mengalami kerugian, jadi keberkesanannya adalah 60%. Untuk menentukan sesuatu sistem itu adalah baik, maka sekurang-kurangnya keberkesanan sistem hendaklah 60% ke atas.

Contoh:
Keberkesanan sistem = 80%
nisbah Risiko/Imbuhan = 1:3
sekiranya Stop Loss 20 pip jadi Take Profit adalah 60 pip
katakan lot yang digunakan = 1.0

Oleh itu,
Keuntungan 8 x 60 x 1 = $480
Kerugian      2 x -20 x 1 = -$40

Keuntungan Keseluruhan = $420


Kesimpulannya, pengurusan kewangan yang mantap, Risiko/Imbuhan yang berpatutan dan keberkesanan sistem yang tinggi menjadi faktor penting menentukan kelangsungan dan pertumbuhan akaun yang jitu dan konsisten. Tanpa 3 element ini, anda tidak mungkin boleh berjaya sebagai Forex trader.


Sunday, September 22, 2013

USDJPY Analysis 22 Sept 2013


Daily - Friday  closed as Harami.  The direction will be determind whether close below Low (favor to short) or above CS high (favor to long).


GBPUSD Analysis 22 Sept 2013

Daily -downtrend. - I'm favor to short because Daily showed downtrend and reversal.
1. Channel pattern at Weekly chart
2. Round Number 1.6000
3. Harami for Thursday Candle and Friday was closed below Thursday Low. (Bias to short)

Entry , prefer to sell upon FR61.8% retracement @ 1.6097